KEKASIHKU…
Akhir sekali saya nak cerita kepada awak semua tentang KEKASIH saya yang selama ini saya rahsiakan daripada pengetahuan awak semua. Saya harap awak sudi mendengarnya ( Saya tulis huruf besar tu…sebab saya terlampau sayang sangat kat DIA )Penyayang sifatnya. Betul ni… tak tipu punya! Apa taknya, masa saya susah, minta tolong apa sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan. Bila saya susah hati boleh terus mengadu kat DIA.
Yang bestnya tu, bila saya dah ngadu kat DIA, terasa peace atau tenang aje. For surelah…KEKASIH
Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la…cinta punya pasal,
Memang ramai yang jatuh cinta kat DIA, tulah saya jeles sangat tu…tapi saya pun kenalah usaha betul-betul, so, kalau saya usaha lebih sikit, saya dapat lebih la,
DIA suruh saya belajar bersunguh-sungguh, kalau boleh saya belajar semua ilmu, sebab KEKASIH saya ni memang cerdik + bijak+ genius dan banyak lagilah. DIA kata tanpa ilmu setiap amal yang saya buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat saya kalau saya rajin belajar. Malu la saya nak bagitau awak semua satu perkara ni… emm… Saya sebenarnya… belum pernah jumpa DIA… belum bersedia… Tapi KEKASIH saya dah janji, satu hari nanti, saya mesti jumpa DIA. Sekarang ni menghitung hari la saya ni… tapi kecut perut gak !! Takuutt! Saya mesti prepair awal-awal…
Daripada surat DIA yang ada tu, saya tahula apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah saya buat apa yang dia suka, jadi DIA tambah sayang la kat saya,
Ish! Rindu sangat dah ni, walaupun kami tak pernah berjumpa namun saya tetap bahagia…
KEKASIH…
Aku janji…
Aku akan pertahankan cinta suci ini…
Walau nyawa digalang ganti…
Menggadaikan cinta teragung ini…
Tidak sama sekali...
Walau tidak pernah berjumpa…
Aku tetap bahagia
ITULAH KEKASIHKU…
ALLAH S.W.T …
Cinta teragung…
0 comments:
Post a Comment